Tuesday, August 4, 2009

…MaSa MuLa-MuLa…

Eemmm…cite sal linguistik nie…suka,duka,ketawa,nangis….sume ada lah…dah macam nasi kerabu lak…”lengkapppp”… ok..tahun nie thn 3 aku sbg student linguistik (dah jadi senior 2…huhuhu…)…masuk jer tahun 3, aper yg tergmbr dlm fikiran aku….”TESIS”…bnda alah yang bt aku ase seram sejuk jer…. Masa mula-mula start sem nie aku dpt tau kne anto borang tuk pilih tajuk tesis…. Laaaa…terkejuk beruk aku time 2…mana tak nyee…masa 2 aku duk kt kg ag…masih ngah syok bercuti ag…tajuk pn aku x pikir ag nk bt menda……aku sampai ukm hari jumaat (tarikh last anta borang 2)…….dgn otak yg msih kt kg,..aku pakai hentam jer letak tajuk kt borang 2…(aper nk kisah…awok nie kata tajuk leh tukar…)

Pastu kan,…. Masa hari yg blh tau penyelia 2…. Haaaaaa… ambek kau!!!!...aku bawah Dr.Fazal….sekali ag terkejuk beruk aku…….alahaiiiii……masa 2 yg terbayang kt kepala otak aku nie…”eemmm…mesti aku kne bt sal sintaksis nie…..benda paling alah bt aku…”….benda 2 la yg mnjatuhkan result aku yg dah sememang nya terukk..huhuhuhu…emmm…nasib…..nasibbbb….sabarrrrrrr je laaaaahhhhh…..

….start dari hari 2 laa aku kne pk tjuk mnda yg aku nk bt…nk kaji mnda ek????... aku sebolehnya xnk la ambk sal sintaksis…bkn aper…aku ase cm susah jer..nk bt teori2 tu…aku ingt nk ambk tjuk yg senang ckit …cam…morfologi ker….xpun semantik…. Emmmm…ok gak 2..nnti lah aku pk kn

Monday, August 3, 2009

…PeNCeMaRaN BaHaSa, WuJuD AtAu TiDaK???...

Bahasa merupakan alat perhubungan sesama manusia. Lantas, setiap bangsa yang mempunyai bahasanya yang tersendiri sepatutnya bangga akan jati diri mereka sendiri . Mereka merupakan segolongan manusia yang mempunyai warisan dan kekayaan mereka tersendiri menerusi bahasa ibunda dan budaya mereka. Pada zaman yang berteraskan Teknologi Maklumat dan proses pensejagatan ini, banyak unsur budaya dan adat terutama sekali bahasa Ibunda sesebuah masyarakat yang terhakis lantaran asimilasi budaya asing. Jikalau masalah ini tidak diubati dalam konteks bahasa Melayu, maka akan rapuhlah bukan sahaja semangat dan jatidiri kebangsaan masyarakat kita, malah juga akan pincang identiti dan nilai-nilai murni yang sering dikaitkan dengan bangsa Melayu. Apa yang ingin difokuskan di sini ialah mengenai persoalan sama ada wujudkah pencemaran bahasa berdasarkan konteks atau penggunaan harian pada masa kini. Menurut Datuk Haji Hassan Ahmad, pencemaran bahasa merujuk kepada bahasa yang amat buruk digunakan sehingga boleh mencemarkan imej bahasa Melayu. Bahasa yang tercemar itu boleh mempengaruhi orang lain terutama sekali orang bukan melayu dan juga kanak-kanak sekolah dari semua kaum yang terdedah kepada bahasa yang buruk itu, sehinggakan ada kemungkinan mereka akan meniru bahasa yang buruk dan menganggapnya sebagai bahasa Melayu yang betul. Contohnya: “cun gilos” merujuk kepada “cantik betul”. Jika kita lihat pada situasi sekeliling, apa yang paling ketara penggunaan bahasa rojak atau bahasa yang dicampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan kita hari ini. Sedar atau tidak, sebahagian besar dalam kalangan kita menjadikan ayat rojak ini sebagai suatu kebiasaan sehari-hari tanpa merasakan ia suatu yang serius khususnya bila ia `menular’ menjadi bahasa baru dalam kalangan generasi muda. Jelas sekali di sini, `kemajuan’ bahasa baru ini dan keghairahan generasi muda, khususnya pelajar meluaskan lagi penggunaannya sedikit sebanyak `mengganggu’ keagungan bahasa kebangsaan sendiri. Berdasarkan bukti dan situasi masa kini maka pada pemikiran saya, memang tidak menafikan bahawa pencemaran bahasa sememangnya wujud dan jika tidak diambil tindakan yang bijak ianya boleh menghapuskan kemurniaan bahasa Melayu. Sekadar ini dahulu pendapat saya bagi persoalan ini, tetapi macam mana dengan kawan-kawan yang lain???. Tidakkah bahasa rojak ini merupakan ancaman terbesar kepada bahasa Melayu standard kita???. Sama-samalah kita fikirkannya…Assalamualaikummm….




Sunday, August 2, 2009

...PeNceMaRaN BaHaSa...

Mashudi Haji Kader memberi tafsiran bahawa pencemaran dalam sesuatu bahasa merupakan sesuatu aspek penggunaan bahasa yang merosakkan kemurniaan sesuatu bahasa itu, manakala penggunaan sesuatu bahasa yang murni pula merujuk kepada penggunaan bahasa yang standard. Dalam konteks ini, kemurnian sesuatu bahasa itu telah tercemar jika seseorang penutur ibunda bahasa itu menggunakan bahasa yang didengar atau dibacanya itu terkeluar dari acuan bahasa stardard seperti yang dimilikinya. Contoh: “cintan”merujuk kepada “main cinta @ kekasih”.